BICARA WEBMASTER

BICARA WEBMASTER

GANJARAN MENTAATI TAGHUT

Musim kesibukan waktu menjelang lagi dalam hidup saya. Justeru itu pengendalian laman ini terhenti-henti buat seketika. Saya harap perkara ini tidak menjejaskan tumpuan anda kepada tugas, tanggungjawab dan jihad anda kepada diri dan agama kita tercinta. Fokus kita adalah kepada pilihan raya umum negara ke 11 lewat Disember nanti.

Kita meramalkan sebelum 31 Oktober depan, pemimpin taghut itu akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen. Ini berikutan  keputusannya mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri pada tarikh keramat itu. Jika beliau tidak bertindak demikian, sudah pasti celakalah yang akan menimpa masa depannya.

Pemikiran Mahathir Yang Mudah Dibaca

Masa depan dan permainan politik Maha Firaun itu tidaklah sesukar mana untuk dijangkakan. Sebenarnya tidak ada kejutan, melainkan hanyalah helah semata-mata.

Kita sudah melihat permainan ini berkali-hali, apatah lagi semenjak DSAI disingkirkan dari persada politik tanahair bagi melengkapkan diri dan perjuangannya sebagai mujahid tulen. Hampir kesemua para pejuang kebenaran akan menerima nasib seumpama melanda DSAI. Ini semua manusia tahu.

Anggota perkhidmatan Kerajaan sudah menjadi mangsa 'buli' dan helah Maha Firauan itu untuk kesekian kalinya. Pemberian insentif pada pertengahan tahun dulu hanyalah sebahagian dari pemberian bonus sebagaimana biasa diterima menjelang akhir tahun, sebagaimana selalu. Kali ini mereka dijanjikan pemberian setengah bulan gaji dalam dua sesi. Iaitu sebahagian dibayar pada November dan sebahagian lagi dalam bulan Disember nanti.

Saya masih teringatkan kenyataan Najib awal tahun ini yang mensifatkan sekolah agama rakyat sebagai tempat melahirkan pengganas. Kata-kata Najib adalah asuhan dan kemahun minda seorang Perdana Menteri yang mengaku akan berundur sebelum diminta berbuat demikian. Namun amat malang kenyataan itu kerana sudah melebihi 4 tahun lalu, rakyat sudah pun meminta secara terbuka beliau melepaskan jawatannya dalam kata-kata keramat 'REFORMASI, REFORMASI REFORMASI' UNDUR MAHATHIR UNDUR!!'.

Sejauh Mana Pemikiran Mahathir Mahu Dibanggakan

Namun kerana pemikiran seorang Perdana Menteri maka yang tidak relevan menjadi relevan. Yang tidak benar tetap menjadi benar bila beliau berkata itulah kebenaran. Justeru itu para sarjana yang menulis tentang sejarah dan perkembangan politik tanah air, diminta menulis tentang perbuatan 'liwat' yang dibetulkan tanpa pembuktian oleh seorang Perdana Menteri yang korup dalam sejarah kepimpinan bangsa Melayu sejati di tanah Melayu ini.

Di kesempatan ini saya perlu mnendedahkan satu perkara buat tatapan dan perhatian kita semua. Perkara ini sedang dan masih beraksi di depan mata kita. Mungkin anda masih ingat sewaktu penggemburan isu sekolah agama rakyat awal tahun lalu, heboh diperkatakan tentang seorang imam yang menjadi khatib di Masjid Negeri, di Ipoh, Perak, membuat pengumuman bahawa Kerajaan akan menarik balik bantu per kapita kepada pelajar sekolah agama rakyat. Ini adalah sebahagian hasrat mahu menutup perkembangan sekolah agama itu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Isahak bin Yeop Mohd Shar, yang menjadi makmum pada hari itu kemudiannya merampas 'microphone' dengan mengatakan bahawa kenyataan khatib pada sesi khutbah hari itu adalah tidak benar dan palsu semata-mata.

Beberapa hari selepas insiden itu maka Perdana Menteri Malaysia, Maha Firaun itu telah diserang oleh media dengan soalan yang bertubi-tubi tentang sekolah agama rakyat (SAR). Akhirnya helah Perdana Menteri itu menjadi lagi dengan sokongan media dengan menyatakan bahawa Kerajaan tidak berniat untuk menutup SAR tetapi hanya menghentikan bantuan yang selama ini telah diberikan komitmen, meskipun tidaklah sekadar mana.

Saya ingin menarikan perhatian pembaca tentang apakah nasib Dato' Dr. Isahak bin Yeop Mohd Shar yang menjadi pendokong setia kenyataan seorang Perdana Menteri thagut itu. Beberapa ketika selepas itu beliau dikatakan jatuh sakit. Menurut doktor beliau kena 'stroke'. Dalam pada itu dikhabarkan sebelumnya beliau sempat menjalani ibadah umrah.

Di Baitullah, apabila bertemu dengan rakyat Malaysia, beliau akan bertanya, apakah kenal dengan  imam Ustaz Norazam, yakni khatib yang diampasnya 'microphone' dalam insiden pada waktu sembahyang Jumaat tersebut. Kirimkan salam saya padanya, begitulah pinta beliau.

Apabila kembali ke tanah air beliau jatuh sakit hinggalah sekarang. Perkara ini sudah berbulan lamanya. Jawatannya kini dipangku oleh Timbalannya Dato' Shamsul Baharin. Beliau dikatakan sering menyebut-nyebut nama Ustaz Norazam.

Manakala nasib Ustaz Norazam tersebut telah dihentikan perkhidmatannya sebagai imam Masjid Negeri. Beliau diletakkan di Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP). Demikianlah secebis kisah benar untuk kita sama-sama menginsafi jangan mendurhakai kebenaran. Inilah padah dan balasan kepada manusia yang sangat taat kepada pemimpin taghut yang menjadi idola sebahagian umat Melayu yang sesat dalam pegangan mereka.

Masih belum terlambat kepada Dato' Dr. Isahak bin Yeop Mohd Shar. Nasihat saya temuilah ustaz berkenaan dengan membuat kenyataan terbuka di Masjid Negeri Ipoh, bahawa kenyataan serongnya terhadap imam itu yang mengatakan niat kerajaan untuk menghentikan bantuan kepada SAR adalah palsu, sebenarnya adalah satu kebenaran. Justeru kerana taat kepada taghut, mintalah maaf secara terbuka, sebaiknya pada waktu Jumaat juga bahawa anda bertaubat memusuhi agama sendiri dan bertaubatlah dari mentaat taghut yang sedang bersemayam di Putrajaya itu!!

Polong Cyber
Webmaster Minda Rakyat
24 Oktober 2001