PU2004 Episod 1
PU2003: Benarkah ceramah politik lebih berbahaya?

Melihatkan persekitaran yang berlaku dalam menghadapi pilihan raya umum negara kali ini (2004), kita dapat merasakan seolah-olah satu agenda sedang tersembunyi berlaku. Mungkin bukan hanya saya berfirasat sedemikian, sebaliknya saya percaya ada lebih ramai pihak yang sedar akan perkara ini.

Mengimbas apa yang berlaku dalam suasana pilihan raya umum 1999 (PU1999) suasana PU kali kali ini terasa lebih senyap. Namun tidak salah saya katakan di sini, jangan disangka air tenang tiada buayanya!!

Meneliti hikmah daripada tindakan pihak berkuasa (PDRM) yang kita maklumi mengikuti telunjuk Mahafiraun itu, maka setiap permohonan ceramah politik telah diperketatkan. Mesti dilakukan dalam keadaan tertutup dan tidak boleh suara penceramah melampaui premis tersebut. Alangkah zalimnya peraturan ini!!

Saya berkesempatan menghadiri satu majlis ceramah politik di mana suara penceramah lebih jelas kedengaran daripada sistem pembesar suara yang dipasangkan. Keadaan menjadi lebih lucu bila beberapa orang anggota polis berdiri berhampiran premis seolah-olah menjaga sesuatu berharga yang dibimbangi hilang.

Dimanakah rasional PDRM dalam kes ini. Sanggup membuang masa memantau ceramah politik, sedangkan negara memerlukan tenaga mereka menangani kes yang nyata lebih serius seperti penculikan, rompakan atau menangani kegiatan kumpulan haram seperti ceti haram atau gengster. Yang terbaru pula adalah kegiatan cetak rompak yang merugikan negara.

Justeru itu kita melihat pihak polis gagal mencegah jenayah. Sebaliknya pihak polis kini satu badan menyiasat kes jenayah yang berlaku sahaja. Apalah ertinya sistem kepolisan yang sebegini pincang?

Dalam insiden terbaru dua minggu lalu, sekumpulan kaum Melayu dan Cina bergaduh. Kejadian ini berlaku di berdekatan stesyen minyak Shell, Kg. Sg. Wangi, Sitiawan. Seminggu selepas itu pula, sekumpulan Cina menyembelih leher seorang India, juga berlaku di tempat yang sama.

Di sini kita melihat kegagalan PDRM mencegah jenayah dari berlaku. Apa yang menjadi realiti masa kini peranan PDRM lebih mementingkan pengukuhan kuasa politik seorang diktator yang bermaharagila.

Saya ingin menyeru rakyat di sini agar sama-sama kita merenungi hakikat ini. Selagi tampuk perintahan tidak ditukar kepada yang lain, maka inilah yang menjadi kesinambungan hidup kita, sekali pun negara akan mencecah sebagai sebuah negara maju pada tahun igauan Mahafirauan iaitu 2020.

Sebagai rakyat, kita berperanan menukar tampuk pemerintahan. Jadilah warga yang berguna kepada negara tercinta dengan melaksanakan tanggungjawab kita. Jika belum mendaftar sebagai pemilih bersegeralah berbuat demikian. Semua parti pembangkang di negara ini berdaftar dengan pendaftar pertubuhan dan sah di sisi undang-undang. Jadi hadirilah majlis ceramah politik bagi kita sama-sama menghayati pergolakan politik negara. Usah dibimbangi kerana belum ada insiden di mana ceramah politik berlaku huru hara MELAINKAN dengan provokasi anggota PDRM yang kini menjadi barua Mahafiraun itu.

Laksanakan tanggungjawab anda, satu undi ke arah kebaikan adalah satu jihad dan setiap amalan yang baik sangat bernilai di sisi Allah s.w.t.

Takbir!!!

Polong Cyber
19 Mei, 2003