Bicara Webmaster

PU2003/4: Menjawab beberapa isu dalam ucapan penggulungan Mahathir di Perhimpunan UMno ke 54

Minda webmaster

Lama tidak menulis kerana terlalu sibuk dalam tugas seharian. Sambil bercakap hal politik semasa dan perhimpunan agung UMno ke 54 yang berakhir semalam, maka di sini saya mengambil kesempatan untuk mengetengahkan beberapa isu yang telah ditimbulkan patut kita jawab secara spontan dengan ringkas. 

Antaranya, ialah apabila Mahathir mengatakan bahawa mereka yang jadi pemimpin harus bersedia berundur waktu sedang popular. Beliau menguatkan hujah itu dengan mengambil keputusan untuk bersara daripada semua jawatan parti dan kerajaan ketika masih lagi berada di puncak kerjayanya dan tidak menunggu sehingga dihalau keluar atau tidak popular lagi.

Presiden UMno itu sambil sinis mengatakan:

“Saya diajar emak saya apabila makan tengah sedap, kena berhenti. Saya ingat nasihat itu dan membuat keputusan untuk berhenti semasa tengah sedap (selesa) menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

“Jangan berhenti apabila dihalau keluar, tidak popular, merosakkan parti dan saya bersyukur Umno telah dipulihkan dengan baiknya,” .

Kita ingin berhujah kepada Dr Mahathir bahawa makan tengah sedap bermakna dalam satu majlis makan biasa, yakni secara sederhana. Ini tidak boleh disamakan dengan 'makan sedap' ala Mamak Khinzir itu yang telah pun memerintah selama 22 tahun.

Jika prinsip makan sedap patut berhenti dipegang oleh beliau, tatkala menjelang pemilihan 1987/88 dulu Mamak Khinzir itu sudah melepaskan jawatannya. Malangnya beliau sanggup menipu perkiraan undi bagi mengalahkan Tengku Razaleigh.

Ini bermakna, makan sedap patut berhenti bertukar, makan sedap nak melantak lagi.

Dan lagi rakyat sudah berarak di jalan raya lewat tahun 1998 dan hingga kini melaungkan slogan 'Undur Mahathir!!'. Apakah ini bukan tuntutan bahawa Mamak Khinzir itu bukan dihalau secara sinis?

Isu yang selanjutnya ialah tentang perbuatan biadap Presiden UMno ini ialah apabila menggunakan gelanggang UMNno bagi menghentam PAS.

Dalam sidang akhbar kemudian dari perhimpunan itu, Dr Mahathir mengakui ucapan penggulungannya yang turut menyentuh parti PAS, mempunyai kaitan dengan persediaan bagi pilihan raya umum akan datang.

Dr. Mahathir mendakwa ucapannya itu adalah bagi melaksanakan tanggungjawabnya dalam mengembalikan umat Islam di negara ini ke jalan yang benar. Katanya, rahsia bagi Umno menumbangkan Pas adalah dengan menyokong sepenuhnya siapa juga yang menjadi calon parti dalam pilihan raya akan datang.

Kita ingin menegaskan di sini bahawa majoriti ahli PAS juga adalah orang Melayu. Kita hanya ingin kejujuran Mamak Khinzir itu bahawa mengapa mesti beliau memusuhi orang Melayu sendiri? Mengapa hanya bercakap gah dengan memberikan Pulau Pinang ditadbir terus orang Cina? Mengapa mesti menyindir sinis Pak Lah atau Helmi Yahya Timbalan KM Pulau Pinang masa kini?

Menghina PAS itu kita boleh terima dalam berpolitik. Tetapi jangan mengaitkan Nabi dan kenabian sehingga membawa contoh karut marut dengan lain berkata Nabi tidak akan ke Kelantan atau Nabi minta ada nuklear ke dan sebagainya.

Semuanya ini menunjukkan kelemahan Mamak Khinzir menjaga hati umat Melayu di negara ini. Jika benar beliau berjaya membela orang Melayu di negara ini, mana dia Universiti orang Melayu? Mana dia gedung perniagaan orang Melayu yang dibina berasaskan bantuan kepada orang Melayu bawahan? Hanya ada gedung orang Melayu yang menjadi kroni kepada Mamak Khinzir. Mengapa ada pilih kasih kepada orang Melayu. Ini parti UMNo dan ini PAS. Nak luluskan pinjaman skim kiro Bank Pertanian Malaysia pun minta nombor ahli UMNo?

Mengganyang Islam kerana marah kepada PAS adalah sesuatu yang tidak boleh kita terima. Mengibaratkan PAS sebagai duri dalam daging bagi orang Melayu adalah keterlaluan dan sebagai orang PAS kita berazam untuk membuktikan bahawa Mahathir adalah duri dalam daging penyatuan ummat Melayu di negara ini. Sanggup menyingkirkan beberapa orang timbalannya demi kuasa yang dihajatkan dan perbuatan 'melempar bom' sembunyi tangan.

Menghina ulama dengan berkata ulama bukan Nabi dan berbagai lagi perkataan Maha Khnizir itu, kununnya ulama tak ada mukjizat dan sebagainya adalah tetap satu dosa besar yang tidak dapat dimaafkan oleh orang Melayu.

Mamak Khinzir mendakwa UMNo menjadi pelindung dan pemelihara agama Islam di Malaysia ini walaupun tidak ada nama Islam pada (ejaan) UMno tetapi dalam masa yang sama UMno juga menjadi duri dalam daging kepada kesucian Islam kerana atas nama 'masyarakat majmuk' UMno meluluskan lesen arak dan judi.

Mamak Khinzir sedar atau tidak sebuah hadis bermaksud: "Ulama itu pewaris Nabi". Menyindir atau mengecam ulama bererti sinis dan kecaman itu akan tetap Nabi terasa. Walau pun Nabi sudah meninggalkan kita beribu tahun dulu tapi sebagai orang Islam kita percaya bahawa Nabi tetap mendengar dan tahu apa yang Mamak Khinzir ucap dan hina ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w.

Ucapan Mamak Khinzir menyerang PAS dalam ucapan penggulungannya membuktikan kepada rakyat di negara ini bahawa PAS sangat digeruni oleh UMNo dan beliau sendiri. Jika bukan musuh yang kuat (ini bererti PAS kuat) maka buat apa Mamak Khinzir menyebut-nyebut tentang PAS,  jika PAS lemah dan tak akan memberikan kudis kepada perjuangan UMNo.

Tidak cukup menghina ulama, menghina perjuangan Islam PAS, Dr. Mamak Khinzir itu mengulangi cabarannya kepada mana-mana ulama untuk membuktikan bahawa tuhan memiliki sifat-sifat mencarut. Ini adalah isu lama. Mamak Khinzir patut tahu bahawa jika beliau memberikan ucapan yang sama di sekolah agama rakyat yang dihentikan bantuannya oleh beliau, jangan terkejut bahawa murid di tahun 2, 3 atau 4 sudah boleh menyangkal ucapannya itu.

Akhirnya seorang pemikir yang karut macam Maha Khinzir tentang Islam mendapat sokongan di hati para penyokong Melayu yang sama-sama tidak menunaikan fardhu asar di sepanjang penutupan Perhimpunan Agung UMNo ke 54 semalam. Agaknya kelangsungan itu terus tidak sembahyang waktu maghrib kerana sibuk melayan PM Mamak Khinzir itu.

Sangat malang bila saya memikirkan kemudiannya, Timbalan Presiden UMNO, Pak Lah Badawi menyokong cadangan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang mahu menubuhkan institut pemikiran Mamak Khinzir itu bagi mengiktiraf kejayaan Perdana Menteri membangunkan tamadun Melayu Islam era moden dalam tempoh 22 tahun pemerintahannya.

Tersangatlah sedihnya nasib orang Melayu kerana sepanjang 22 tahun pemerintahan Mamak Khinzir di negara ini, kemajuan yang melibatkan pembangunan ekonomi orang Melayu nyata hilang tidak entah di mana. Lihat sahaja di mana pembangunan bandar dan pembukaan gedung perniagaan yang baru, mana dia orang Melayu bimbingan Kerajaan UMNo pimpinan Mamak Khinzir yang dibangga-banggakannya itu menjalankan perniagaan mereka seiring kemajuan yang dicapai oleh bangsa lain di negara ini..

Secara ringkasnya orang Melayu masih ditakuk lama dan yang kaya hanyalah Melayu kroni yang hidup dibuai kemewahan setelah merompak harta Melayu marhaen sendiri!!

Polong Cyber
Webmaster MR
22 JUn 2003