logo 50 tahun MAIPk

Sejarah Penubuhan
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK

ada pertengahan tahun 1947, ketika tanah air bergelora dengan perjuangan menentang Malayan Union, satu perjumpaan para alim ulama' telah diadaakan pada 10 Ogos 1947 di Madrasah Iskandariah Kuala Kangsar. Di dalam pertemuan ini, Dato' Seri Ali Zaini bin Haji Muhamad Zain, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak telah mencetuskan idea yang bernas bagi menubuhkan sebuah jabatan mengenai Hal Ehwal Agama Islam di Negeri Perak.

Pada 1 Muharan 1369 bersamaan 23 Oktober 1949 kerajaan Perak di bawah pemimpin YAng Amat Berhormat Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang. Seri Amar DiRaja, Dato' Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz, Menteri Besar ketika itu telah menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang bertujuan untuk menasihati dan membantu Sultan dalam hal-hal yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu sebagaimana yang terkandung didalam Undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Perak. Undang-undang Majlis ini yang pertama telah diluluskan pada 1 Mei 1952. Menekala Yang Dipertua Majlis yang pertama ialah Duli Yang Amat Mulia Raja Kamarulzaman bin Raja Mansor, Raja DiHilir Perak.

Bagi tujuan melaksanakan segala dasar undang-undang dan keutamaan yang diputuskan oleh Majlis maka Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak telah ditubuhkan dengan pejabatnya yang pertamma di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Komiti Quran pula dihapuskan dan diserap Bahagian Pelajaran di bawah tanggungjawab Majlis. Pengajaran Quran diserap ke dalam sukatan pelajaran Sekolah Kebangsaan sebagai satu mata pelajaraan. Balai Syara' pula ditukar kepada Majlis Agama Islam.

Majlis Agma Islam dan Jabatan Hal Ehwal AAgma Islam Perak disatukan pentadbirannya di bawah Yang DiPertua dan seorang Setiausaha pada peringkat awalnya. ia dibahagikan kepada kepada empat bahagian iaitu:

1 - Bahagian Fatwa ( di bawah Mufti),
2 - Bahagian Pelajaran ( di bawah Nazir ),
3 - Kadi Besar (mentadbir kadi-kadi wilayah),
4 - dan Bahagian Am ( di bawah Kerani Besar.

Sebuah undang-undang yang baru iaitu undang-undang Pentadbiran Ugama Islam Bil.11 tahun 1965 Perak telah menggantikan beberapa peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan di Negeri Perak sebelumnya. Dengan berkuatkuasanya undang-undang ini, wujud struktur Majlis Agama Islam dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang baru iaitu terdiri dari Unit Kehakiman dan perqadian, Unit Penerangan dan Dakwah, Unit Am dan Unit Baitulmal, Zakat dan Fitrah. Undang-undang baru ini diperkenalkan dengan tujuan untuk memperkemaskan lagi susunnan pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam di Perak.

Undang-undang pentadbiran Agama Islam Perak 1965, Fasal 5 hingga 38 telah memperuntukkkan kuasa kepafa Majlis Agama Islam untuk mengurus dan bertanggungjawaab terhadap semua perkara berkaitan dengan kepentingan Islan di Negeri Perak. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam pula dipertanggungjawabkan untuk menjalankan dan melaksanakan dasar-dasar dan rancangan-rancangan Kerajaan Negeri dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Agama Islam dan Adat Melayu.

Dalam pada itu, suatu Enakmen yang dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Bil.2 Tahun 1992 telah diwartakan pada 13 Januari 1993 bagi menggantikan Undang-undang pentadbiran Ugama Islam Bil.II Tahun 1965. Dengan perlaksanaan Enakmen Bil.2 Tahun 1992, maka pentadbiran dan pengurusan Jabatan Agama Islam Perak, Jabatan Mufti Perak dan Jabatan Kehakiman Syariah Perak telah dipisahkan. Struktur organisasi Jabatan Agama Islam Perak buat masa ini terdiri dari :

1 - Bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Pembangunan
2 - Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga
3 - Bahagian Pendidikan
4 - Bahagian Dakwah
5 - Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah
6 - Bahagian Penyelidikan.

Sementara itu, langkah-langkah positif telah diambil untuk menyusun semula serta mengemaskinikan struktur organisasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Mulai 2 Januari 1997, D.Y.T.M. Raja Muda Perak telah mengambil alih tugas selaku Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Ketua Jabatan Agama Islam Perak hendaklah menjadi Setiausaha Majlis yang mengetuai pentadbiran Majlis dan bertanggungjawab melaksanakan dasar dan keputusan Majlis. Jabatan Agama Islam Perak hendaklah menjadi Urusetia kepada Majlis. Perkara ini adalah termaktub dalam seksyen 15(1)Enakmen Bil.2 Tahun 1992. Sayugia termaklum bahawa struktur organisasi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak kini telah disusun semula kepada tiga Bahagian iaitu :

1) Bahgian Hartanah
2) Bahagian Zakat dan
3) Bahagian Sumber Manusia