Warning: rawurlencode() expects parameter 1 to be string, array given in /data/members/free/tripod/uk/p/e/r/perakmesir/htdocs/kpipm/wp-blog-header.php on line 163
KPIPM Online
Utama
Sejarah
Objektif
Logo
Organisasi
Diari KPIPM
Tabung Ithar
Keahlian
Jabatan & Biro
HEWI
Wisma Darul Ridzuan
Gallery
Feedback
Links
Download
Login Admin
Logout Admin


++Shout box msg++







SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB KPIPM
  February 8, 2007  5:26 pm


KPIPM Website merupakan sebuah laman web atau portal yang menjadi sumber maklumat dan informasi kepada ahli KPIPM di Mesir. Dengan slogan kata “GEMBLENG KEKUATAN PASAK KEILMUAN”, KPIPM Website telah membuka satu pintu kepada semua ahli untuk mengetahui tentang KPIPM melalui internet.

Objektif KPIPM Website adalah untuk menjadi satu sumber maklumat dengan menawarkan beberapa informasi seperti artikel, berita, kegiatan, aktiviti, iklan dan juga sebarang makluman terkini.

Terima Kasih




JAULAH KE SEMENANJUNG SINAI
    5:25 pm

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH! !!!!

Berita gembira buat ahli KPIPM…..

Biro Perhubungan, Sambutan & Rehlah KPIPM 06/07 akan mengadakan Jaulah Ke Semenanjung Sinai (SEMAI 07) bagi menikmati keindahan menarik ciptaan Illahi. Disamping menjejaki sirah kenabian dan kaum yang terdahulu yang telah digambarkan oleh Allah SWT dalam Al Quran.

Firman Allah SWT:
“Katakanlah, berjalanlah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah
bagaimana akibatnya orang yang mendustakan itu”

Segala maklumat adalah seperti berikut:-

Tarikh : 20, 21, 22 Februari 2007
Bayaran :LE 190.00 seorang
(termasuk tambang, makan, tiket dan penempatan).

Antara tempat-tempat menarik yg dilawati:-
1) Melintasi Terusan Sues
2) Toba (sempadan Israel)
3) Bermalam di Pantai Dahab
4) Qalaah Salahudin Al-Ayubi
5) Menziarahi Maqam Nabi Harun dan Nabi Salleh
6) Lembu Samiri
7) Melawat Mata Air 12
8) Mendaki Jabal Musa dan banyak lagi…

Sebarang maklumat bolehlah Menghubungi:
Us Hafizzuddin Zakariya 010-8275630
Us Hanif Musa 010-5675487
Us Faizal Jaafar 010-8721641

Terbuka seluruh ahli KPIPM dan BAKAN lain, Mutazawwijin pun boleh join sama!!!!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!! bersama-samalah kita menjayakannya.

Disediakan oleh:- Unit Bendahari, Pendaftaran & Promosi SEMAI 2007




Iman, Islam, takwa dan ihsan asas bentuk moral ummah untuk sentiasa hidup sejahtera
  February 6, 2007  4:32 pm


ISLAM agama diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, rasul terakhir diutuskan oleh Allah kepada umat manusia seluruh alam. Ajaran atau syariat yang dibawa oleh Baginda paling lengkap dan sempurna, sesuai untuk setiap bangsa, zaman dan tempat. Ajaran Islam mengandungi tiga komponen asas iaitu akidah, syariat dan akhlak.

Akhlak berasal daripada perkataan Arab yang kata akarnya ialah khuluk yang bermaksud perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama. Berdasarkan kepada pengertian ini, akhlak adalah sifat semula jadi, tabiat dan agama mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang.

Imam al-Ghazali menyebut akhlak ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan tanpa pertimbangan akal fikiran terlebih dulu. Ia terjadi secara spontan tanpa pertimbangan akal terlebih dulu.

Masyarakat sentiasa menyanjung tinggi akhlak baik dan menolak serta membenci tabiat buruk dan keji.

Dalam Islam, baik dan buruknya sesuatu perlakuan adalah jelas, iaitu sebarang tingkah laku manusia bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah adalah baik dan mulia. Sebaliknya, semua tindakan menyebabkan kemurkaan-Nya dikatakan jahat dan keji. Matlamat sebenar seseorang Muslim ialah untuk mencari keredaan Allah.

Perlu difahami, konsep akhlak dalam Islam lebih luas daripada konsep moral yang difahami oleh bukan Islam. Antara keluasan konsep akhlak Islam dan keistimewaannya ialah:

Konsep akhlak Islam meliputi pembentukan hubungan baik sesama manusia serta alam seluruhnya. Sebagai contoh, menyembelih binatang untuk dimakan disyaratkan pisau yang tajam supaya tidak menyeksa binatang.

Akhlak Islam bersumberkan wahyu daripada Allah dan tidak bersifat subjektif. Sedangkan nilai moral adalah sesuatu yang berdasarkan akal fikiran manusia dan bersifat subjektif. Oleh sebab itu, bagi sesetengah masyarakat hubungan seks lelaki dengan wanita itu sesuatu yang bermoral jika kedua-duanya bersetuju dan dianggap salah atau tidak bermoral apabila salah seorang tidak bersetuju.
quran.jpg
Menurut Ataullah Siddiqui (1997), untuk memahami konsep akhlak Islam dengan lebih jelas, empat aspek yang digariskan oleh al-Quran dan al-hadis iaitu iman, Islam, takwa dan ihsan hendaklah difahami dengan betul.

Iman berasal daripada bahasa Arab yang akarnya ialah amana bererti ‘berada dalam aman’ atau ‘berada dalam selamat’. Iman membawa maksud kepercayaan, tunduk, patuh serta pengakuan hati dan lidah disertai amalan anggota badan.

Dalam Islam, apabila manusia beriman kepada Allah, dia akan tunduk dan patuh kepada segala suruhan-Nya sama ada menerusi hati atau ucapannya. Kepatuhan ini pula dibuktikan dengan perbuatan anggota badan seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, bersedekah, berzikir dan sebagainya.

Konsep iman ialah membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran Allah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Seseorang beriman mesti membabitkan tiga unsur iaitu mengakui dalam hati bahawa Islam adalah agama benar, menyatakan dengan lidahnya bahawa Islam adalah agama yang benar dan mengamalkan ajaran terkandung dalam syariah Islam.

Apabila individu mempunyai iman yang mantap kepada Allah, maka secara tidak langsung dia akan terdorong untuk melahirkan amalan dan ahklak bersesuaian dengan keimanannya. Iman tidak hanya terpendam di dalam jiwa tetapi perlu direalisasikan melalui gerak laku dan amalan dalam kehidupan.

Sebagai contoh, apabila manusia beriman dan percaya akan adanya Allah, dia akan berusaha untuk melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Begitu juga individu yang percaya dan yakin akan adanya hari pembalasan akan melakukan perkara baik dan berusaha mengelakkan diri daripada melakukan perkara membawa dosa.

Islam daripada perkataan bahasa Arab yang kata akarnya ialah sa-li-ma yang bererti tulen dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin, damai, aman dan sejahtera, taat serta menyerah. Dari segi istilah pula, Islam bermaksud mentauhidkan (mengesakan) Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Konsep Islam antara lainnya ialah mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman kepada ajaran Allah dibawa oleh Nabi Muhammad, mengakui keesaan Allah, melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya dan mengerjakan dengan sempurna semua rukun Islam yang difardukan serta ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Islam bukan agama yang menyentuh soal ritual semata-mata seperti amalan sembahyang, zakat, beribadat di masjid dan sebagainya tetapi agama ini mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia. Soal akhlak atau etika sangat ditekankan dalam segenap aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, perundangan dan sebagainya.

Takwa bererti ‘melindungi’ atau ‘memelihara’. Menurut istilah syarak pula takwa bermaksud melindungi atau memelihara diri daripada bahaya atau keburukan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah seperti berbohong, khianat, mencuri, membunuh dan menipu.

Takwa satu pemangkin kepada manusia untuk melakukan perkara berakhlak dan menepati kehendak agama. Individu yang bertakwa mulia di sisi Tuhannya. Dengan kata lain, apa yang menjadi ukuran kemuliaan individu ialah sifat takwanya bukannya melihat kepada darjat, pangkat, keturunan, kekayaan atau bangsa individu itu sendiri.

Ihsan bermakna sesuai, cantik, tersusun dan sesuatu yang baik. Dari segi istilah syarak pula, ‘ihsan’ bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadah dan perbuatan batin dengan keikhlasan.

Konsep ihsan ialah melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya, melakukan ibadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, melakukan ibadah dengan teratur dan sempurna, rasa nikmat dan keseronokan ketika melakukan ibadat dan sentiasa mengingati Allah dan memuji-Nya dan menyedari Allah sentiasa mengawasinya.

Konsep ihsan ialah kemuncak kepada akhlak Islam. Pati sifat ihsan pula ialah kecintaan kepada Allah. Apabila individu mempunyai sifat ihsan atau kecintaan yang ikhlas kepada Allah, dia akan melakukan perkara yang disuruh dan mengelak daripada perkara dilarang serta dimurkai.

Ihsan juga menyebabkan manusia menyedari dan menginsafi bahawa apa saja perlakuannya sentiasa diperhatikan oleh Allah. Contohnya, individu yang berpuasa tidak akan mencuri-curi makan atau minum keran ia yakin Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya. Justeru, sifat ihsan dapat mengawal akhlak dan peribadi individu.

Al-Quran adalah sumber utama akhlak Islam. Pendekatan digunakan oleh al-Quran dalam membentuk akhlak manusia antaranya ialah:

Uswah hasanah (teladan baik) yang ditunjukkan oleh rasul

Pendekatan penceritaan atau pengisahan dengan gaya bahasa menarik, indah dan mendatangkan pengajaran dalam jiwa individu yang membacanya dan memahami maksudnya.

Pendekatan pengajaran dan nasihat.

Pendekatan ganjaran dan dendaan

Pendekatan perbandingan dan perumpamaan

Al-Sunnah pula ialah sumber kedua akhlak Islam. Banyak sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah sangat menitikberatkan perkara menyentuh akhlak, kehidupan bermasyarakat, hubungan manusia dengan Allah, manusia dan alam dan seumpamanya. Semuanya bermatlamatkan pembersihan jiwa, pendidikan akhlak, persediaan kehidupan di akhirat, peribadatan dan pembentukan peribadi mulia manusia.

INTI PATI
Pendekatan al-Quran

Uswah hasanah (teladan baik) yang ditunjukkan oleh rasul

Penceritaan atau pengisahan dengan gaya bahasa menarik, indah dan mendatangkan pengajaran dalam jiwa individu yang membacanya dan memahami maksudnya

Pengajaran dan nasihat

Pendekatan ganjaran dan dendaan

Perbandingan dan perumpamaan

Konsep akhlak Islam

Pembentukan hubungan baik sesama manusia serta alam seluruhnya termasuk dari segi perbuatan dan amalan

Bersumberkan wahyu daripada Allah dan tidak bersifat subjektif




ISLAM TIDAK HALANG CARI KEKAYAAN
  January 21, 2007  4:30 pm

ALLAH menjanjikan limpah kurnia-Nya berkaitan rezeki kepada sesiapa yang berusaha mendapatkannya. Rezeki tidak datang bergolek. Namun bukanlah sukar untuk mendapat keperluan hidup. Sesungguhnya semua kejadian alam ini dipermudahkan untuk dimanfaatkan oleh manusia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segenap penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya.” (Surah al-Mulk, ayat 15).

Melakukan tugas mencari rezeki juga diberi pahala. Ia bertepatan ajaran Islam yang menyuruh agar mencari sebanyak mana kemewahan hidup yang diingini. Tidak ada sekatan untuk Muslim mencari kekayaan, kemewahan, pangkat dan kedudukan yang diingini di dunia ini.

Kehidupan manusia menjadi lebih sempurna dan selesa apabila memiliki kekayaan dan kedudukan yang baik. Itulah yang terkandung dalam ajaran Islam.

Memang, di sisi Allah tidak memandang kekayaan sebagai ukuran kemuliaan seseorang. Tetapi, jika ada dua orang yang sama-sama beriman, maka Allah lebih menyukai orang beriman yang kaya berbanding orang beriman yang miskin.

Banyak kebaikan dapat disumbangkan oleh orang beriman yang kaya untuk kebaikan saudara seagama dan kemajuan Islam keseluruhannya. Dalam Islam ada mekanisme sedekah dan zakat yang disumbangkan golongan kaya kepada golongan miskin. Harta wakaf pula disumbangkan untuk kepentingan umum.

Individu Muslim yang mampu bersedekah, zakat dan wakaf mendapat balasan pahala yang besar. Menunaikan zakat adalah salah satu Rukun Islam yang menjadi tonggak kesempurnaan keIslaman seseorang.

Sebab itu golongan kaya lebih disukai Allah dan sepatutnya setiap orang Islam berlumba-lumba hendak menjadi kaya. Golongan kaya yang soleh mendapat untung di dunia dan memperoleh pula kebaikan di akhirat.

Kelebihan diperoleh oleh mereka yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah amat besar. Justeru, setiap individu mesti berusaha memiliki harta untuk melakukan amalan yang mendatangkan keuntungan berganda-ganda itu.

Firman Allah yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang menggunakan hartanya kepada jalan Allah, bagaikan biji yang tumbuh menjadi tujuh tangkai. Pada setiap tingkai itu berbuah seratus biji dan Allah melipatgandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 261).

Dengan kata lain, mencari kekayaan dan kemewahan hidup adalah satu tuntutan dalam Islam. Setiap individu wajib berusaha sendiri untuk memenuhi keperluan hidupnya dan ahli keluarga di bawah tanggungannya.

Mencari rezeki yang halal adalah satu jihad berjuang di jalan Allah. Pahala jihad amat besar. Rugilah sesiapa yang tidak merebut peluang melakukannya. Sedangkan, mencari rezeki adalah untuk kebaikan diri sendiri.

Kisahnya, sedang Rasulullah berbual-bual dengan sahabat, seorang lelaki berbadan tegap dan kuat lalu di hadapan mereka. Maka sahabat pun berkata: “Ya Rasulullah, alangkah baiknya jika orang itu berjuang untuk membela agama Allah.” Lalu Baginda pun menjawab dengan sabdanya bermaksud:

“Jika lelaki itu keluar dari rumahnya untuk mencari nafkah untuk anak-anaknya yang masih kecil, itu juga fisabilillah (berjuang membela agama Allah) namanya. Mencari rezeki untuk kedua orang tuanya yang sudah tua, juga dinamakan fisabilillah. Mencari rezeki untuk dirinya sendiri supaya tidak meminta-minta juga dikira fisabilillah. Tetapi, jika dilakukan kerana niat bongkak dan menunjuk, ia dikira sebagai fisabilissyaitan (mengikut jalan syaitan).” (Hadis riwayat Tabrani).

Malangnya, terdapat individu yang memandang ‘jijik’ terhadap kemewahan dunia yang dianggap akan melalaikan diri daripada melaksanakan tugas beribadat kepada Allah. Lantaran itu dia tidak berusaha untuk mencari kekayaan, pangkat, penghormatan dan kesenangan di dunia ini.

Persepsi salah terhadap konsep kekayaan di dunia inilah mengundang kemunduran dan kerugian di kalangan umat Islam sejak sekian lama. Salah faham ini perlu diperbetulkan segera bagi mengelak keadaan menjadi lebih buruk.

Pemimpin, ulama dan ilmuan Islam perlu menjelaskan salah faham ini agar tidak terus membelanggu pemikiran umat Islam yang tidak memahami kehendak Islam sebenar. Lebih penting lagi, keadaan ini dijadikan senjata oleh musuh Islam yang mengeksploitasi kelemahan umat Islam untuk terus melemahkan dan memberi tekanan.

Ada pihak yang berhujah mengatakan bahawa kemunduran yang dialami adalah kerana agama Islam itu sendiri tidak sesuai lagi dengan perkembangan zaman. Syariah Islam dianggap tidak selari dengan proses kemodenan yang sedang berlangsung.

Pihak orientalis cuba mempengaruhi pemikiran orang Islam dengan mengatakan kejayaan penganut agama lain disebabkan berlakunya pengasingan antara agama dan keperluan hidup semasa seperti politik, ekonomi dan sosial. Agama dianggap hanya sesuai untuk ritual atau kerohanian semata-mata.

Sebagai Muslim, keyakinan mengenai syariah Islam yang sesuai sepanjang zaman perlu dibulatkan dan diperteguhkan. Soal kemunduran penganut Islam bukan berpunca kandungan ajaran yang tidak releven dengan peredaran zaman. Umat Islam lemah disebabkan gagal menterjemahkan ajaran Islam yang sebenar.

Penguasaan Barat terhadap umat Islam sekarang ini berkait rapat dengan kemunduran yang melingkari negara Islam. Statistik menunjukkan lebih separuh negara Islam tergolong kategori mundur yang mengharapkan bantuan asing untuk memenuhi keperluan asas penduduknya.

Keadaan itu memberi peluang Barat mengeksploitasi sepenuhnya nasib umat Islam di negara berkenaan. Semakin banyak bantuan dan penggantungan yang dipohon daripada negara bukan Islam, lebih banyak masalah yang menimpa umat Islam.

Sekarang ini Barat dan sekutunya menggambarkan umat Islam sebagai pengemis dan pengganas yang layak dilayan seperti binatang. Lihatlah penyiksaan yang dilakukan terhadap umat Islam yang dituduh pengganas mencetuskan huru-hara di serata dunia.

Tahap penyiksaan dan layanan yang diberikan terhadap umat Islam lebih hina daripada apa dilakukan terhadap binatang. Umat Islam di seluruh dunia sekadar mampu membantah dengan menghantar surat bantahan kepada pihak berkenaan dan mengadakan demonstrasi.

Kejadian buruk menimpa umat Islam kini hanya dapat dipulihkan sekiranya umat Islam bangkit mencipta kekayaan dan kekuatan. Agama Islam mempunyai rangka yang lengkap bagaimana membimbing manusia berasaskan pemikiran, ilmu, pendidikan, kemajuan dan nilai baik yang perlu diikuti untuk mencapai kejayaan.

Umat Islam perlu memahami Islam sebagaimana yang pernah dilakukan generasi lalu sehingga umat Islam mencapai kegemilangan. Konsep pembangunan dalam Islam amat jelas yang menumpukan kepada matlamat melaksanakan tugas khalifah di muka bumi.

Setiap usaha yang dilakukan mengikut tuntutan syariat meletakkan diri seseorang sebagai khalifah seperti tujuan manusia diutuskan ke dunia. Tuntutan Islam memberi perhatian terhadap soal memakmurkan muka bumi ini dengan aktiviti yang mendatangkan kebaikan.




KALAM TAUJIHAT DAN SEMANGAT DARIPADA YANG DIPERTUA KPIPM
    4:29 pm


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Marilah kita semua memanjat setinggi-tinggi kesyukuran kita kehadratIlahi, kerana dengan limpah dan rahmatNya masih lagi dikurniakan sedikit
kekuataan untuk kita meneruskan agenda perjuangan sebagai penuntut
ilmu.Jutaan kesyukuran juga dirafa’kan kepada Pencipta alam semesta kerana
masih lagi mengekalkan kita sebagai hambanya lantaran dari itu marilah
kita sujud dan sembah hanya kepadaNya.Selawat dan salam untuk junjungan
besar, utusan Allah yang terakhir untuk seisi alam maya ini, Muhammad
SAW.Seoarang insan yang berjaya sabar dengan ujian yang Allah bentangkan
dalam misi dakwah sehingga tertegaknya Islam dimuka bumi ini.

Anak-anak KPIPM yang dirahmati,

Salam sejahtera kepada para sahabat Muhammad SAW yang sama-sama
menempuh liku-liku kehidupan sehingga berlakunya penghijrahan ke Madinah Al
Munawwarah.Sehingga peristiwa yang sarat dengan penganjaran dan iktibar
ini dinukilkan dan diabadikan sebagai permulaan untuk pengiraan tahun
untuk ummat islam. Sedar atau tidak,1427 Hijrah telah melabuhkan tirai
penutupnya.Saban tahun kita jauh ditinggalkan oleh Muhammad SAW, namun
bagi mereka yang meletakkan Allah dan Rasul sebagai pembantu mereka,
nescaya akan merasa Allah dan Muhammad SAw sentiasa berada disisi
mereka.Tidak perlu diulas panjang lebar kisah hijrah Rasul SAw dan ummat islam
diketika itu, kerana kisah tersebut sentiasa terpahat disanubari kita
sebagai ummat islam.Apa yang lebih penting adalah penghayatan dan
iktibar yang perlu diambil, diadaptasi,direalisasi dan kita jelmakan dalam
kehidupan kita pada hari ini.Susah payah para sahabat, siksaan demi
siksaan yang terpaksa dihadapi oleh para sahabat, sehingga ada para sahabat
yang mati disiksa oleh Abu Jahal.Serikandi yang menjadi contoh,
Sumayyah ditusuk dengan lembing dari kemaluannya sehingga tembus keatas,
kamudian perutnya dibelah dan dibawa keluar anak yang dikandung oleh
Sumayyah.Namun akidah tetap dijulang sehingga Nabi menyatakan “Sabar lah
keluarga Yasir, sesungguhnya kamukan dimasukkan kedalam syurga”.Kisah Bilal
bin Rabah, seorang pemuda berkulit hitam, disiksa oleh Abu Jahal
dijemur ditengah panas terik dan di dadanya terdapat seketul batu yang
besar.Mulut yang mulia itu hanya mampu mengucapkan “ahad, ahad, ahad”.
Begitulah antara kisah dari puluhan kisah yang terdapat dalam Hijrah
ini.Sekelumit pengajaran mungkin perlu kita ambil dari kisah ini.Keimanan
dan kepatuhan yang mutlak kepada Allah dan Rasul perlu kita garapkan
dalam kehidupan kita pada saat ini dan nilai kepatuhan ini tidak perlu
kita nilaikan dengan amalan yang kita tunaikan sepanjang hidup kita.

Teman-teman seperjuangan,

Imtihan semester yang pertama sudah pun berada di hujung, dan ada
setengah dari sahabat kita telah pun berjaya melaksanakan tuntutan ini, dan
masih ada dari sahabat kita yang masih berhempas pulas untuk
menghabiskan madah-madah yang berbaki.Apapun moga-moga kita dikurniakan kejayaan
yang cemerlang.Insyaallah selepas selesai semua imtihan kita akan
menempuh satu lagi ujian yang dibentangkan untuk kita.Ujian yang berbentuk
masa. Percutian yang agak panjang dimusim sejuk.Marilah kita mengambil
peluang yang sebaik mungkin untuk kita mengisi masa yang sengaja
diluangkan oleh Allah.Mungkin juga boleh kita katakan peluang ini adalah
antara ujian yang sengaja Allah bentangkan kepada kita untuk menilai kita
adakah benar-benar pandai menguruskan masa.Pelbagai perancangan yang
telah diatur oleh kita sendiri untuk memenuhi masa yang ada.Ana amat
berharap segala perancangan dan juga perencanaan yang dirancang biarlan
memenuhi kehendah Allah dan Rasul dan juga tidak melanggar qarar yang telah
ditetapkan oleh KPIPM dah juga PMRAM.

Teman-teman seperjuangan,

Terlanjur menyebut KPIPM dan juga PMRAM yang kita sayangai, semestinya
ada program yang telah disusun di peringkat PMRAM dan juga KPIPM.
Insyaallah jika terdapat apa jua program yang dianjurkan oleh Persekutuan
Melayu Repubik Arab Mesir (PMRAm), mari lah sama-sama kita jayakan.Begitu
juga dengan komitmen teman-teman dengan Keluarga Pelajar-Pelajar Islam
Perak mesir (KPIPM) yang sudah pastinya akan menyusun dan merencana
beberapa program bersempena cuti yang bakal kita tempuhi.Komitmen yang
setinggi-tingginya diharapkan kepada seluruh ahli KPIPM untuk menjadi
meraka yang pertama dalam menjayakan apa yang dirancangkan.Tidak akan
berjaya program yang dirancang sekiranya tiada teman-teman yang mengisi
program tersebut.Insyaallah segala program yang dirancang adalah bertujuan
untuk membina syahsiah yang mulia, mendidik peribadi yang bertamadun
dan mengajar diri dalam pengurusan.Ini lah antara medan yang terawal
untuk kita menguji keilmuan yang kita pelajari.Sekiranya kita gagal
menyediakan diri kita dalam medan yang terawal ini, adakah mungkin kita berani
menepuk dada akan berani menempun medan yang lebih berat di Malaysia
nanti.

Abang-abang, kakak-kakak, adik-adik yang di sayangi,

Sebulan yang lalu kita di kunjungi oleh seorang abang yang dahulunya
adalah pelajar di bumi para Rasul ini.Pernah menetap di Wisma KPIPM ini,
dan pernah pun mengajar ana sewaktu ana ditahun satu dahulu.Sedikit
peringatan yang amat berguna untuk kita renungi bersama, beliau tinggalkan
kepada kita sewaktu beliau memberi ucapan dalam program yang disusun
oleh Biro Dakwah dan Tarbiah.Terdapat segelintir dari mahasiswa kita yang
pulang ke Malaysia setelah berhempas pulas menamatkan pengajian di Al
Azhar hanya menjadikan ijazah untuk kepentingan peribadi
sahaja.Dahulunya semasa berada di permukiman Nil ini bersumpah setia dengan ucapan
yang meyakinkan untuk mewakafkan diri dalam memperjuangkan kalimah
Allah.Namun setelah pulang ke medan yang sebenar, yang ada hanyalah debu-debu
kosong.

Teman-teman seperjuangan, tidak perlu ana mengulas panjang ucapan dan
juga nasihat yang diberi oleh Abang kita itu. Namun apa yang lebih besar
yang perlu kita ambil perhatian adalah mesaj yang beliau sampaikan
adalah kesungguhan kita dalam menuntut ilmu dan keberanian kita dalam
menterjemahkan kefahaman yang ada dalam sanubari kita.Jadikan platfom KPIPM
untuk membina syahsiah yang berani memberi peringatan walaupaun dimana
jua kita berada.Seawalnya ana sebutkan, medan yang kita lalui sekarang
adalah satu medan yang terawal, namun sekiranya kita gagal dalam medan
yang terawal ini, apakah kita berani mendabik dada untuk terus berjuang
di medan yang sebenarnya.Sekiranya kita gagal untuk memenuhi jadual
tazkiran magrib atau tazkirah subuh, adakah kita yakin kita mampu untuk
turun di medan sebenar sebagai pendakwah yang mencegah kemungkaran dan
membina kemakrufan.Sekiranya kita gagal untuk menjadi ad-hoc di
program-program yang dianjurkan oleh KPIPM, adakah kita berani menyatakan kita
mampu mengurus organisasi di kampung atau kawasan kita.Andainya kita
gagal untuk menhadiri usrah yang disusun oeh KPIPM, adakah kita yakin pada
diri kita untuk membentuk usrah dikalangan keluarga kita di Malaysia
kelak.
Secara pendeknya dapat difahamkan apa diperkatakan oleh abang kita
tersebut, mereka atau kawan-kawan kita yang telah ditarbiah pun masih tidak
mampu untuk berhadapan dengan realiti masyarakat kita, apakan pula kita
yang tidak mahu atau sengaja melarikan diri dari ditarbiah.Beranikah
kita atau yakinkah untuk berhadapan dengan gelombang yang besar ini? Ana
tinggalkan persoalan ini untuk dijawab oleh mereka yang merasakan PMRAM
dan KPIPM ini membebankan dan menyusahkan mereka.

Teman-teman seaQidah,

Perjuangan ini terlalu besar dan terlalu sukar untuk kita hadapi
berseorangan.Walaupun sebagai seorang rasul.Sejarah Nabi Muhammad SAW seawal
perjuangan beliau.Allah memerintah supaya berdakwah kepada ahli
keluarga yang terdekat.Kenapa? supaya boleh menjadi teman dalam
perjuangan.Begitu juga kita yang terlalu lemah dari setiap segi.Kita perlu teman,
kita perlu sahabat, kita perlu meraka yang boleh memberi nasihat dan
mendorong kearah yang lebih baik.Dalam konteks kita sebagai ahli Keluarga
Pelajar_pelajar Islam Perak Mesir dan mengakui KPIPM sebagai persatuan
dibangunkan dan diwarnai oleh kita.Maka oleh yang demikian mari lah kita
sama-sama menjadikan PMRAM dan KPIPM satu medan yang boleh membantu
kita dalam menghadapi arus gelombang yang kian hari kian menggila.

Teman seperjuangan,

Jari jemari yang menaip ini lebih terdahulu memikul amanah dan akan di
soal oleh Allah apa yang diperkatakan.Tidak perlu menunjuk kepada
sesiapa, sebaliknya kita sendiri yang perlu berubah.Andai terdapat niat-niat
yang kurang baik terhadap KPIPM, lemparkan jauh-jauh, seterusnya kita
berdoa kepada Allah semoga Allah menjadikan hati-hati kita ini
diribatkan dengan ribat Allah. Marilah kita sama-sama mendekatkan hati kita
kepada Allah supaya Allah mengurniakan apa yang kita perlu untuk kita terus
berjuang walau dimana kita berada.Akhirnya selamat menyambut tahun baru
Hijrah 1428, semoga diberkati.Teruskan perjuangan dimedan yang kamu
yakini.

Kepada sahabat sekiranya terdapat respon atau komentar kepada
pentadbiran sesi ini, ana harap secara ikhlas boleh menghantar email kepada ana
melalui email ini.Segala komentar yang membina akan ana usahakan untuk
keharmonian kita bersama.

sekian wassalamu alaikum warah MatulLahiwabrakatuh.

Khalil Yahaya,
YDP KPIPM.




Hijrah bawa hikmah, pengajaran to kehidupan
  January 20, 2007  4:38 pm

PERISTIWA penghijrahan umat Islam dari kota Makkah ke Madinah adalah satu peristiwa besar dalam sejarah Islam. Itulah titik permulaan pembaharuan sistem nilai dan hidup manusia daripada keadaan daif kepada keadaan lebih baik.

Perkataan hijrah bererti berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Selain itu, Hijrah juga boleh diertikan berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan.

Dengan itu hijrah juga boleh difahamkan sebagai meninggalkan sesuatu yang dilarang. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Habsyi bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Riwayat Abu Dawud).

Dalam konteks lebih luas, hijrah boleh difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Misalnya meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Adapun hijrah yang kita sambut pada setiap tahun itu bermaksud memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Makkah ke Madinah.

Namun, hijrah tidak wajar dilihat sebagai peristiwa berpindah kaum Muslimin dari Makkah ke Madinah, lantas menjadi detik permulaan tarikh baru takwim Islam saja. Kefahaman sempit begini hanya akan mendorong kita menyambut kedatangan tahun baru hijrah dengan pelbagai program yang bersamaan dengan peringatan tahun baru Masihi.

Dalam pada itu ulama juga menolak hijrah sebagai satu ‘pelarian’ dan ‘arbitrasi’ seperti ditafsirkan oleh sesetengah orientalis yang sengaja mahu memutar belitkan pengertian suci daripada peristiwa hijrah yang berlaku.

Sesungguhnya penghijrahan Rasulullah dan sahabat itu adalah suatu peristiwa sejarah yang amat penting dalam perkembangan dan penyebaran Islam. Penghijrahan itu memberi ruang lebih luas kepada perlaksanaan ajaran Islam, bukan saja dari aspek akidah dan hubungan manusia dengan Allah, malah merangkumi segala aspek kehidupan manusia seperti sosial, ekonomi, siasah, pentadbiran dan sebagainya.

Penghijrahan adalah satu tuntutan agama yang perjalanannya diatur cukup dengan strategi dan perancangan pembangunan umat yang lengkap, lantas menjadikannya satu amalan keagamaan yang agung.

Ia juga suatu langkah penting melalui perancangan dan strategi cukup teratur untuk mengubah wajah dan perwatakan dunia serta menentukan arah masa depan sejarah manusia ke arah kesejahteraan, kebahagiaan dan kemajuan yang sebenarnya.

Dengan hijrah umat manusia berpindah dari belenggu jahiliah kepada Islam, kemunduran kepada kemajuan, dari hidup berpuak-puak dan bersengketa kepada persaudaraan dan kesatuan; dan dari agama yang dianuti oleh sekumpulan manusia di padang pasir kepada agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk dunia.

Peristiwa hijrah bukan saja meninggalkan sejarah untuk dikenang oleh umat Islam hingga ke hari ini dan dirayakan setiap tahun, malah peristiwa itu membawa beberapa hikmah dan pengajaran yang terkandung di sebaliknya.

Dalam peristiwa hijrah itu, selepas sampai di Madinah, Rasulullah mula melaksanakan ajaran Islam secara lebih menyeluruh. Setiap individu Muslim sentiasa dididik supaya patuh, menyerah dan menyembah Allah dan taat kepada ajaran yang didasarkan kepada ajaran al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah.

Berdasarkan keimanan itulah terbinanya sebuah masyarakat Islam yang mentaati semua perkara yang difardukan oleh Allah dalam ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji. Masyarakat Islam itu juga patuh dalam menjauhi diri daripada setiap perbuatan keji yang boleh membawa kemudaratan diri dan masyarakat, seperti minum arak, berzina, riba, rasuah dan sebagainya.

Masyarakat Islam di Madinah disatukan dalam ikatan persaudaraan Islam yang dibina atas semangat perpaduan berorientasikan ajaran Islam. Di samping itu, persefahaman dan kerjasama dengan golongan bukan Islam juga diwujudkan untuk membuktikan bahawa Islam sentiasa mengutamakan keselamatan, persefahaman dan persahabatan dan antipermusuhan serta peperangan.

Tegasnya, peristiwa Hijrah itu membuktikan bahawa Islam bukan saja agama dalam pengertian yang sempit dan hanya menyentuh soal ibadat khusus saja, tetapi adalah agama yang syumul (menyeluruh) menyentuh segala perkara yang bersangkutan dengan bidang kehidupan manusia, seperti politik, ekonomi, sosial, ilmu pengetahuan dan sebagainy




Selamat Menyambut Tahun Baru
    4:15 pm

Selamat Menyambut Tahun Baru 1428 Hijrah. Daripada Saf kepimpinan Ahli jawatankuasa dan Hal Ehwal Wanita Islam Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir 2006/2007.

Semoga Tahun baru ini memberi semangat dan keazaman yang baru untuk kita menuntut ilmu di Perlembahan Nil ini.




القرضاوي: إعدام صدام يكرِّس الطائفية والحقد الأسود
  January 7, 2007  7:45 pm

ومحاضرات : خطب الجمعة
الدوحة - موقع القرضاوي /6-1-2007

أكد فضيلة الشيخ د. يوسف القرضاوي ان اعدام صدام حسين في يوم عيد الأضحي أمر منكر ولا يقبله أي مسلم، مستنكراً ما شهدته وقائع إعدام الرئيس العراقي السابق من عبارات طائفية في حقه وهو علي عتبة الموت، مما يشعل النزعة الطائفية والحقد الأسود الذي يهدد مستقبل العراق.

وقال د. القرضاوي في خطبة الجمعة التي القاها أمس بجامع عمر بن الخطاب ان ما يجري في العراق معناه أن هناك حرب إبادة مبيتة للسنة طالباً من أهل الحل والعقد بالتدخل وكذلك الجامعة العربية ومنظمة المؤتمر الإسلامي القيام بدورها بإرسال لجان لتقصي الحقائق واتخاذ مواقف حاسمة لمواجهة الفتنة المتصاعدة في العراق.

وطالب د. القرضاوي المراجع الشيعية الكبري التي تعد المراجع الدينية التي يأتمر الناس بأمرها ان تتحمل مسؤوليتها وكذلك الآيات الكبري والمرشد الأعلي السيد خامنئي وايران بإعلان مواقفهم تجاه ما يحدث في العراق وإلا اتهمهم الناس بأنهم متواطئون أو مصدرون أو ممولون لهذه الفتن واصفا الوضع في العراق بأنه خطير وينذر بعواقب أسوأ.

وأكد د. القرضاوي ان قوي الشر تتربص بالسودان وتستهدف استمرار الحرب في دارفور كما تسعي لاستمرار الفتنة في لبنان وفلسطين.

وتحدث عن الصومال مؤكدا ان امراء الفتن انهكوا الصومال وبددوا ثرواتها ولذلك فقد دعمت أمريكا الجيش الاثيوبي في غزو الصومال للقضاء علي رجال المحاكم الشرعية.

ولفت فضيلته الي ان الاقتتال بين الفلسطينيين حرام ويصب في مصلحة المحتل الذي يستغل استمرار تلك الفتنة لمواصلة حرب الإبادة المنظمة ضد الشعب الفلسطيني الأعزل




ALLAH Yang Maha Besar selalu mengingatkan kita dalam al-Quran supaya berzikirillah.
    7:44 pm

Firman-Nya bermaksud: “Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian daripada malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang pada malam hari.” (Surah al-Insan, Ayat 25 dan 26)

Firman-Nya lagi bermaksud: “Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak meninggikan suara, pada waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang yang lalai.” (Surah al-A’raf, ayat 205)

Allah berfirman bermaksud: “Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.” (Surah Ali Imran, ayat 191)

Zikir adalah mengingat atau menyebut nama Allah. Jika seandainya kita selalu berzikir, tentu kita selalu menyebut dan mengingati Allah.

Ketahuilah bahawa dalam al-Quran, banyak ayat yang menganjurkan supaya sentiasa berzikir kepada Allah. Ia seperti tertera dalam Surah al-Baqarah, ayat 152 bermaksud: “Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan (nikmat-Ku).”

Dalam Surah al-Anfaal, ayat 45 turut membawa maksud: “Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan.”

Juga dinyatakan dalam Surah ar-Ra’d, ayat 28 yang membawa maksud:

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah.

Ingatlah hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenteram.”

Rasulullah pula bersabda bermaksud: “Tidak duduk satu jemaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempat itu) sudah dikelilingi malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati.”

Perlu diketahui pula bahawa jika seseorang yang tidak pernah berfikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya.

Dengan demikian betapa hikmah daripada zikir itu. Di samping mendapat pahala daripada Allah, bagi yang membaca, hatinya akan berasa tenteram penuh sakinah dalam kehidupannya.

# Fatrah imtihan ini banyakkan takarub kepada Allah. Moga-moga diri kita sentiasa tenang.
Bitaufiq wa najah




HARI RAYA I’DUL ADHA @ KORBAN
  December 31, 2006  7:27 pm

Ucapan Selamat menyambut Hari Raya I’dul Adha daripada Saf Kepimpinan Ahli JawatanKuasa Tinggi dan Ahli Jawatankuasa HEWI Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2006 / 2007.

Semoga penghayatan I’dul Adha yang disambut dengan binatang yang dikorbankan memberi kefahaman yang mendalam kepada kita erti sebuah pengorbanan yang sebenarnya.




AZAN : THE AMAZING PHENOMENON
  December 24, 2006  2:54 pm

Amazing as it sounds, but fortunately for the Muslims
of the world, it is an established fact. Have a lookat
a map of the world and you will find Indonesia on the
eastern side of the earth. The major cities of
Indonesia are Java, Sumatra, Borneo and Saibil.

As soon as dawn breaks on the eastern side of Saibil,
at approximately 5:30 am local time, Fajar Azaan
begins. Thousands of Muazzins in Indonesia begin
reciting the Azaan. The process advances towards West
Indonesia. One and a half hours after the Azaan has
been completed in Saibil, it echoes in Jakarta.
Sumatra then follows suit and before this auspicious
process of calling Azaan ends in Indonesia, it has
already begun in Malaysia. Burma is next in line, and
within an hour of its beginning in Jakarta, it reaches
Dacca, the capital ! city of Bangladesh.

After Bangladesh, it has already prevailed in western
India, from Calcutta to Srinagar. It then advances
towards Bombay and the environment of entire India
resounds with this proclamation. Srinagar and Sialkot
(a city in north Pakistan)have the same timing for
Azaan. The time difference between Sialkot, Quetta,and
Karachi is forty minutes, and within this time, Fajar
Azaan is heard throughout Pakistan.

Before it ends there, it has already begun in
Afghanistan and Muscat. The time difference between
Muscat and Baghdad is one hour. Azaan resounds during
this one hour in the environments of Hijaaz-e-Muqaddas
(Holy cities of Makkah and Madinah), Yemen,United Arab
Emirates, Kuwait and Iraq.

The time difference between Baghdad and Alexandria in
Egypt is again one hour. Azaan continues to resound in
Syria,Egypt, Somalia and Sudan during this hour. The
time difference between eastern and western Turkey is
one and a half hours, and during this time it is
echoed with the call to prayer.

Alexandria and Tripoli (capital of Libya) are located
at one hour’s difference. The process of calling Azaan
thus continues throughout the whole of Africa.

Therefore, the proclamation of the Tawheed and
Risaalat that had begun in Indonesia reaches the
Eastern Shore of the Atlantic Ocean after nine and
half hours.

Prior to the Azaan reaching the shores of the
Atlantic, the process of Zohar Azaan has already
started in east Indonesia, and before it reaches
Dacca, Asar Azaan has started. This has hardly reached
Jakarta one and half hours later, the time of Maghrib
becomes due, and no sooner has Maghrib time reached
Sumatra, the time for calling Isha Azaan has commenced
in Saibil!

When the Muazzins of Indonesia are calling out Fajar
Azaan, the African Muazzins are calling the Azaan for
Isha.

If we were to ponder over this phenomenon
thoughtfully, we would conclude the amazing fact that
there is not even a single moment when hundreds of
thousands of Muazzins around the world are not
reciting the Azaan on the surface of this earth. Even
as you read this aterial right now, you can be sure
there are atleast thousands of people who are hearing
and reciting the Azaan!!!

Allah said, “If you are ashamed of me, I will be
ashamed of you.” If you are not ashamed, please send
this message…

“Yes, I love Allah. Allah is my fountain of Life and
My Savior. Allah keeps me going day and night. Without
Allah, I am no one. But with Allah, I can do
everything. Allah is my strength.”
Hamba Allah,

Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah “Lailahaillallah. .” semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a’lamin..”

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila
dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila
kita bawa ke
supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk
berzikir tapi betapa
pendeknya waktu itu untukpertandingan bola sepak.
Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai
yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk
memasukinya.

Kita boleh mengirimkan ribuan ‘jokes’ dan ’surat
berantai’ melalui
e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan
ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali……FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya IMAN.




KaWaN BaiK
    2:53 pm

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan
kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan mem’post’ kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik…kepada kawan baik kita.

# Semoga fatrah imtihan ini, kita saling menjaga hubungan baik di antara kita. Wassalam




Al-Quran beri syafaat pada hari kiamat
  December 19, 2006  8:20 pm

MEMBACA al-Quran adalah seafdal-afdal ibadat sehingga disebut bahawa al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya. Ia seperti riwayat Abu Umamah, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) itu datang pada hari kiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Rugi bagi orang yang kurang gemar membaca al-Quran kerana Rasulullah banyak menyebut dalam hadis faedah dan fadilat membaca al-Quran. Antaranya:

Pembaca al-Quran dinaungi dengan payung rahmat. Dikelilingi malaikat dan diturunkan Allah kepadanya ketenangan dan kewaspadaan.

Disebutkan dalam hadis riwayat Abu Hurairah, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidak berkumpul satu kaum di suatu rumah dari rumah Allah (masjid) yang membaca al-Quran dan saling mempelajarinya antara mereka melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, diselubungi rahmat, dikelilingi malaikat rahmat dan Allah mengingati mereka pada siapa di sisi-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

Pembaca al-Qur’an dikurniakan hatinya dengan cahaya oleh Allah dan dipelihara-Nya daripada kegelapan.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah yang maksudnya bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada kitab Allah (al-Qur’an) ditulis baginya satu kebaikan yang berlipat ganda. Sesiapa yang membacanya pula, baginya cahaya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad)

Pembaca al-Quran diumpamakan seperti buah utrujah yang harum bau dan enak rasanya.

Perkara itu disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas, bersabda Rasulullah bermaksud: “Perumpamaan orang beriman yang membaca al-Quran seperti perumpamaan buah al-utrujah iaitu buah yang berbau harum dan enak rasanya.

“Perumpamaan orang beriman yang tidak membaca al-Quran adalah seperti perumpamaan buah tamar, rasanya manis, tetapi tidak ada baunya.

“Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang membaca al-Quran adalah seperti ar-raihanah yang berbau harum, tetapi pahit rasanya.

“Perumpamaan orang berbuat dosa (maksiat) yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah al-hanzhalah iaitu buah yang pahit rasanya dan tidak ada baunya.

“Perumpamaan mendampingi orang soleh adalah seperti mendampingi pemilik minyak wangi, sekalipun engkau tidak terkena minyaknya engkau tetap mendapat harumnya.

“Perumpamaan berdamping dengan teman yang jahat adalah seperti mendampingi orang yang menggunakan ububan (alat menghembus api), jika engkau tidak terkena hitamnya (daripada percikan api), namun engkau tetap terkena asapnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Pembaca al-Quran, hatinya tidak gundah dan terlepas daripada kesusahan pada hari kiamat. Hal ini kerana dia sentiasa dalam pemeliharaan dan penjagaan Allah.

Ia seperti dalam hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Baginda bersabda bermaksud: “Al-Quran datang pada hari kiamat, lalu ia (al-Quran) berkata: “Wahai Tuhanku hiasilah dia (pembaca al-Quran)!, maka dia dihiasi dengan mahkota kemuliaan.”

Kemudian ia berkata: “Wahai Tuhanku tambahlah lagi! Maka dia ditambahi dengan hiasan-hiasan kemuliaan.”

Ia berkata lagi: “Wahai Tuhanku redailah dia! Maka dia diredai.”

Berkata ia pada pembaca al-Quran: “Bacalah al-Quran dan naiklah (pada tangga-tangga syurga) dan ditambahi pada setiap satu ayat satu kebaikan.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pembaca al-Quran memperoleh kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya.

Sabda Rasulullah maksudnya: “Sesiapa yang membaca al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibu bapanya mahkota pada hari kiamat. Cahayanya (mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada di rumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya), maka apa sangkaan kamu terhadap yang beramal dengan ini (al-Quran).” (Hadis riwayat Abu Daud)

Pembaca al-Quran memperoleh kedudukan tinggi di syurga. Bersabda Rasulullah maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Quran), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.” (Hadis riwayat Ahmad)

Kita hendaklah memelihara adab ketika membaca al-Quran mengikut kehendak syarak. Membacanya dengan berwuduk dan sunat membersihkan mulut (bersugi).

Sementara jika hendak menyentuhnya pula hendaklah (wajib) bersih daripada hadas kecil dan besar.

Al-Quran adalah sukatan pelajaran al-Azhar yang wajib untuk setiap penuntutnya, jadi anggaplah ini suatu peluang untuk kita membaca, menghafal, memahami dan melaksanakan isi kandungan al-Quran.




SAHABAT-SAHABAT YANG MELAYARI LAMAN WEB KPIPM
  December 8, 2006  5:04 pm

Sebarang komen dan cadangan anda boleh terus menghantar kepada email KPIPM
kpipm64@yahoo.com

Segala kerjasama anda amat dihargai..
Terima Kasih




Nabi Ibrahim dan Ismail bina Kaabah
    4:56 pm

Al-Quran menggambarkan pemandangan bagaimana Ibrahim dan Ismail melaksanakan perintah Allah supaya menyediakan Baitullah dan membersihkannya untuk (para pengunjung) bertawaf dan untuk penduduk-penduduk yang menetap di situ untuk orang-orang yang mendirikan ibadat solat.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.”
“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.“ (Al-Baqarah: 127 & 128)
Firman Allah Taala: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, ingatlah Hai Muhammad berkenaan perkara yang begitu pelik di mana dua Rasul, Ibrahim dan anaknya Ismail telah membina asas Baitullah dan mengangkat binaannya, kemudian berdoa dengan penuh rendah diri dan membesarkan Tuhannya. Sewaktu kita menunggu-nunggu cerita selanjutnya tiba-tiba ia memperlihatkan Ibrahim dan Ismail kepada kita seolah-olah kita dapat melihat mereka dengan mata kita bukannya dengan mata khayal.
Kedua-duanya berada di hadapan kita dan telinga kita hampir-hampir mendengar suara mereka sedang berdoa kepada Allah. Al-Samarqandi menaqalkan pendapat Muqatil: ayat ini susunannya ke kadapan dan ke belakang, maknanya ialah dan ingatlah ketika Ibrahim dan Ismail mengangkat asas-asas binaan daripada Kaabah. Dan dikatakan bahawa Ibrahim yang membina Kaabah sedangkan Ismail yang menolongnya. Para malaikat memberi batu-batu kepada Ismail, mereka memindahkan batu dari lima bukit iaitu Thur Sina, Thur Zita’, Judi, Lubnan dan Hira’.
Al-Alusi berkata, disebut oleh ahli sejarah berkenaan dengan Baitullah dan juga perkara yang lain seperti pintunya daripada apa, berapa kali Adam mengerjakan haji, apakah binaan yang dibina oleh Ibrahim, siapa yang membantunya dan dari mana datangnya hajar al-aswad? Hal-hal seperti ini tidaklah disebut dalam al-Quran begitu juga dalam hadis yang sahih dan sebahagiannya menafikan sebahagian yang lain, ini kerana menjadi adapun ahli sejarah dalam menaqalkan memasukkan beberapa perkara. Selepas beliau menyebut sedikit naqalan daripada ahli sejarah lantas berkata, khabar seumpama ini jika benar di sini ahlillah (wali Allah) merupakan isyarat dan perlambangan bagi siapa yang diberikan pendengaran sedangkan ia menyaksikannya.
Sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami). Apakah yang terkandung di celah-celah doa itu? Itulah adab sopan seorang nabi, keimanan seorang nabi dan perasaan seorang nabi, terhadap nilai akidah di alam wujud ini. Itulah adab sopan, keimanan dan perasaan yang mahu diajar oleh al-Quran kepada pewaris-pewaris para anbiya dan mahu ditanamkannya ke dalam hati dan perasaan mereka dengan saranan ini.
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Matlamat yang diharap-harapkan ialah keredaan dan limpah perkenan daripada Allah. Harapan mendapat perkenan Ilahi itu adalah bergantung kepada sifat Allah yang Maha mendengar doa (para hamba-Nya) dan Maha mengetahui dengan segala niat dan perasaan di sebalik doa itu. Di mana kedua-duanya membina dan berdoa dengan doa ini. Kemudian menambah doanya.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Itulah harapan mereka berdua untuk mendapat bantuan daripada Allah agar memberi hidayah kepada Islam dan itulah perasaan mereka yang menyedari bahawa hati mereka terletak di antara jari-jari, kudrat dan iradat Allah yang Maha Penyayang dan bahawa hidayah yang sebenar ialah Allah dan bahawa kedua mereka tidak mempunyai daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah. Mereka berdua bertawajjuh dan berdoa kepada Allah. Hanya kepada Allah yang wajar dipohon pertolongan.
Di samping itu, sifat umat muslim ialah bersatu padu yakni seluruh generasi mereka bersatu padu dalam satu akidah. Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu. Jadikanlah kami tunduk dan patuh dengan segala hukum-Mu. Itulah doa yang menggambarkan perhatian-perhatian berat hati orang yang beriman. Persoalan agama dan akidah inilah yang menjadi perhatiannya yang utama.
Keturunan
Dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan jadikanlah daripada zuriat kami yang berserah diri kepadamu dan tunduk dengan kebesaran-Mu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami. Ajarkanlah kami segala syariat ibadat kami serta ibadat haji kami. Inilah pendapat Qatadah dan Al-Suddi. Sedangkan Mujahid dan Atha’ pula berpendapat sebagai tempat sembelihan kami. Al-Mawardi berkata: maksud perkataan al-manasik dua wajah:
1. Kerana ia menjadi adat dan sentiasa manusia mengunjunginya dalam ibadat haji dan umrah.
2. Bahawa nusuk ibadat kepada Allah justeru dinamakan orang yang zuhud sebagai orang yang bernusuk kerana ibadat kepada tuhannya.
Dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. Terimalah taubat kami dan rahmatlah kami kerana sesungguhnya Kamu Maha Besar keampunan dan luas kerahmatan. Di sini suka dinaqalkan pendapat Ibn Qayyim berkenaan dengan wajib segera bertaubat, beliau pernah berkata: bersegera bertaubat dari dosa adalah kefarduan yang mesti disegerakan. Tidak harus melambatkannya.
Jika ia dilambatkan maka ia dikira berdosa kerana menangguhkannya. Jika ia bertaubat dari dosa tersebut dia masih mempunyai satu taubat lagi iaitu taubat kerana melambatkan taubatnya. Jarang sekali perkara ini difikirkan oleh orang yang bertaubat. Sebaliknya jika seseorang itu bertaubat dari dosa dia menyangka dia sudah tidak perlu lagi bertaubat sedangkan dia masih berhutang satu lagi taubat iaitu bertaubat kerana melambatkan taubat. Dr. Yusof Al-Qaradhawi berkata: perkara yang paling merbahaya bagi orang yang melakukan maksiat ialah menangguh taubatnya dengan berkata “nanti aku akan kembali”, “nanti aku akan bertaubat”, akhirnya dia tidak juga bertaubat. Oleh sebab itu dikatakan ungkapan ‘nanti’ adalah salah satu tentera syaitan.
Apabila Ibrahim dan Ismail selesai melaksanakan perintah Allah membina Baitullah dan membersihkannya, kedua-duanya berdoa agar Allah jadikan mereka dan zuriat keturunan mereka umat Islam (yang menyerah diri kepada Allah), dan agar Allah bangkitkan dari kalangan keluarga mereka seorang rasul. Lalu Allah memperkenankan doa mereka dan mengutuskan dari kalangan keluarga mereka seorang rasul, Muhammad bin Abdullah s.a.w. dan bangga dengan jasa usahanya beliau telah merealisasikan kemunculan umat muslimin yang menjunjung perintah Allah dan mewarisi agama Allah.
Iktibar dan pengajaran ayat. Antaranya;
i. Perasaan Ibrahim dan Ismail terhadap nikmat keimanan yang dikurniakan Allah kepada mereka telah mendorong mereka mengharapkan pengurniaan yang sama kepada zuriat keturunan mereka dan berdoa supaya Allah tidak menafikan pengurniaan yang tiada tolok bandingnya itu kepada anak-anak cucu mereka.
ii. Allah Maha Pemurah. Justeru janji-Nya bahawa Ia akan memakbulkan doa, thabit dalam al-Quran dan hadis tetapi perlu mengikut dan mematuhi adab-adab doa sama ada adab zahir mahupun batin.
iii. Memohon supaya sentiasa dikekalkan dalam hidayah dan taufik serta istiqamah dengan Islam merupakan permintaan para Nabi yang terdahulu. Justeru sewajarnya kita memohon dan meminta kepada Allah supaya ditetapkan hati-hati kita dalam ketaatan dan agama-Nya yang sebenar sehingga ke hujung usia.
iv. Al-Samarqandi berkata: Ayat di atas menjadi dalil bahawa manusia apabila melakukan kebaikan sayugia berdoa terhadap Allah supaya diterima. Dan dikatakan, hendaklah manusia merasa takut atas penerimaan amal selepas selesainya lebih daripada amalan itu sendiri, ini kerana Allah mensyaratkan penerimaan doa semata-mata dari orang-orang yang bertakwa sahaja seperti dalam nas al-Quran.




Pedoman Remaja: Batasi pergaulan, cegah zina
  December 5, 2006  7:45 am

PENYIMPANGAN, masalah seksual khusus di kalangan remaja semakin membimbangkan. Pergeseran kefahaman dosa masing-masing tanggung, kubur masing-masing jaga, membuatkan masalah dosa dan zina sesuatu yang mula dipandang remeh.

Sedangkan penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.”

Seks adalah satu anugerah Allah yang diberikan kepada manusia sebagai satu nikmat dan perhiasan kehidupan seperti juga binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Memang patut kalau manusia ghairah seks atau berasa hendak melempiaskan keinginan seksual itu. Allah tidak melarang manusia melempiaskan hawa nafsunya selama mana cara yang dihalalkan, pada saat yang tidak terlarang dengan ikatan perkahwinan yang sah.

Malah, nabi seakan tidak mengaku umat terhadap mereka yang mempunyai kemampuan untuk berkahwin tetapi meninggalkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.”

Ikatan pernikahan adalah jalan yang halal dan diiktiraf syarak untuk melepaskan kemahuan seks. Ini bererti orang yang belum berkahwin jangan cuba-cuba melepaskan seksnya.

Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual, iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’ Kalau hampiri dah dilarang dan ditegah apa lagi melakukannya.

Menghampiri maknanya apa sahaja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya adalah haram. Kalau ada pendorong mudah datang keinginan diulit bisikan syaitan sama merelakan pula, apatah lagi terjadilah perbuatan terkutuk yang saban hari kita lihat dan dengar remaja melahirkan anak luar nikah.

Bayi yang tidak berdosa ditemui mati di timbunan sampah, dengan perut terburai dimakan sekumpulan anjing liar. Sudahlah berzina, amat jijik pula kezaliman terhadap bayi yang tidak tahu apa-apa.

Oleh itu, pergaulan bebas, berdua-duaan, berpimpin tangan, rapat-merapati dan berhimpitan di atas motor adalah faktor permulaan yang kuat mendorong ke arah penyimpangan seksual.

Alam remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.

Maksud hadis: “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, “sesungguhnya aku takut kepada Allah.”

Pendidikan seks menurut Barat amat berbeza dengan Islam, agama yang sangat suci ini. Masyarakat remaja Barat yang sangat bebas serta serba tidak terkawal itu hanya mengajar bagaimana mencegah supaya jangan berlaku kehamilan. Seks adalah hak peribadi yang tidak terlarang bagi mereka.

Bagi mereka hamil di kalangan remaja berlaku kerana remaja tidak tahu ‘save sex’ (seks selamat), bukannya hendak berfikir mengenai salahnya berzina itu.

Pendidikan seks dalam Islam mendidik remaja bukan sahaja supaya tidak berzina tetapi juga supaya menjauhi sebab dan segala pendorong perzinaan. Sebab itu mendidik mengenai syurga neraka supaya umat Islam gerun terhadap ancaman neraka dan akhirnya menolak nikmat sementara supaya terselamat api neraka yang membakar selamanya.

Langkah pencegahan yang dibawa Islam ialah:

- Jaga pandangan mata dengan tidak melihat aurat jantina berlainan termasuk gambar serta filem pornografi.

- Tidak berdua-duaan lelaki dan wanita yang bukan mahram di tempat sunyi.

- Tidak bersentuhan kulit antara lelaki wanita termasuk bersalaman.

- Tidak bergaul bebas lelaki wanita tanpa batas.

*Semoga artikel ringkas ini mampu memberi kesedaran kepada kita dan membantu BIAH SOLEHAH yang dianjurkan oleh PMRAM dan KPIPM.



Next Page »


Ke Laman Berita Harian

[ Kalendar ]
December 2009
M T W T F S S
« Feb    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  


Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM)
No. 31, Mustasyar Hafeez Badawy Street, 7th District,
Nasr City, Cairo, Arab Republic Of Egypt.
Tel / Fax : 002 02-2621105
E-mail : kpipm64@hotmail.com Web: http://www.kpipm.webhop.info/


eXTReMe Tracker